Program Mesra Silaturrahim Aidilfitri
Sebuah majlis sambutan hari raya telah diadakan di Riverside Homestay Pulau Tiga pada hari Selasa, 27 Jun 2017 bersamaan 3 Syawal 1438H. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran warga Pulau Tiga yang datang bersama ahli keluarga dan sahabat masing-masing. Di samping dapat menikmati pelbagai juadah yang disediakan, majlis ini juga memberi ruang kepada para hadirin untuk berjumpa kaum keluarga dan sahabat handai yang pulang ke kampung sempena hari raya. Kami dari pihak Riverside Homestay Pulau Tiga berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memilih kami untuk dijadikan lokasi bagi menjalankan majlis yang bermanfaat ini.